Wednesday, May 9, 2012

Terujanya Aku

Alhamdulillah, akhirnya tamatlah sudah pengajianku selama 2 bulan di bandar Technopark, Dubai ini. Saat yang dah lama ku nantikan untuk mengucap selamat tinggal kepada rakan-rakan di sini, instructors yang sporting and cool tahap gaban and semua di sini. Semalam sebelum tidur, ku mahu menikmati keindahan dah keselesaan katil dan bantal empuk yang tersedia di dalam bilik yang ku duduki selama 2 bulan. Ku matikan semua electrik yang ada, lampu dan segalanya kerana aku ingin merasa ketenangan bandar Jumeirah yang tersergam indah di tingkap 7" X 7" sebelahku. Wah sayunya terasa. Ku tersenyum sendirian mengenangkan segala perjalananku dari aku mula menjejakkan kaki ke bandar mewah ini sehingga titik terakhir yang bakal aku lalui hari ini di sini.

Tetapi perasaan ini lebih terasa indah apabila ku terkenangkan orang-orang Malaysia. Oh, aku teruja. Ku lupakan segala tentang negara unta ini dah mula mencari semula bibit-bibit indah bersama mereka di Malaysia yang lebih pasti menyeronokkan dan mendambakan. Ku mula terlihat wajah-wajah keriangan Ebak dan Ibu di lapangan terbang melihatku mengusung beg besar keluar dari pintu ketibaan antarabangsa. Ku bayangkan betapa gembiranya mereka melihatku pulang dengan kejayaan yang aku berani mengatakan "I'm proud of myself and Thank you Allah for the gift, Thank you Ebak Ibu and others for the spirit dan taughts".

Ku cuba menutup mata tapi segalanya mula bermain seperti cakera padat yang lama hilang dimainkan semula. Segalanya indah dan aku benar-benar merasa yang aku sangat beruntung dah Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang meminjamkan kenikmatan dunia ini. Akhirnya, ku berjaya mencari ketenangan dah meninggalkan dunia untuk seketika dah mengumpul tenaga untuk hari ini.

Mata ku terbuka, tapi keadaan masih gelap gelita, "eh, what's the time now?" aku berbisik. Ku gapai handphone disebelah kanan, dan jam menunjukkan waktu 5:00am. Ku cuba memejamkan mata dan memaksa diri untuk tidur semula. Tapi tidak kesampaian. Ku bertahan di atas empukkan tilam yang tidak ku tahu jenamanya dan akhirnya aku mangalah pada jam 5:20am. Aku bangun dan untuk pertama kalinya sepanjang berada di Dubai, aku berasa tenang dan relax. Tiada apa yang aku perlu risaukan dan lakukan. Aku terasa keterujaan aku tiada penghujung lagi untuk kali ini.

Seperti norma setiap pagi, ku ambil segelas air dan berdiri di hadapan cermin, ku lihat wajahku, ku senyum dan aku berirama bersama kata-kata ku "You can do it! Let's have fun today may Allah bless my day". Sudah menjadi tabiatku setiap hari. Ku pasti dengan senyuman itu, aku membawa ketenangan bersamanku dan untuk mereka disekeliling. Aku mengadap Ilahi untuk bersyukur dengan peluang yang diberikanNya untukku sekali lagi mencari bekalan untuk Akhirat kelak.

Aku tahu yang aku amat teruja dan tidak sabar rasanya ingin memeluk Ebak Ibu di Malaysia. Dan aku berharap agar perjalanan hari ini dan esok mendapat keredhaan Allah dan di permudahkan segalanya. InsyaAllah.

Malaysia meet you soon. Dubai thanks for the memories and knowledge.

Note: As if this is the only time I'll be in Dubai :p

No comments:

Post a Comment

feel free to drop few words! Thank you