Sunday, March 10, 2013

Paranoid pada cinta

Manusia tak pernah akan mampu lari dari perasaan cinta. Ada orang lebih suka cinta pada paras rupa. Ada pula pada harta, kekayaan. Tidak kurang dengan yang bercinta kerana hati dan sikap seseorang. Kita tafsir cinta pada dasar naluri yang kita hanya mampu lihat and dengar tidak pada perkara yang halusinar.

Perasaan yang berbunga itu datang dan pergi tanpa kita duga. Tiada siapa yang mampu melawan kuasa Sang Pencipta. Dia yang mendatangkan perasaan itu dan Dia jua lah yang menghilangkan perasaan itu. Kadang kala kita keliru "adakan dia pilihan yang terbaik? adakah dia yang akan bersamaku sehingga ke akhir?". Tiada siapa yang menginginkan perpisahan selepas perkahwinan, tetapi tiada siapa juga duga bahawa kenikmatan itu mungkin untuk seketika sahaja.

Pernah dengar kata-kata punjangga "Cinta sejati itu adalah cinta yang pernah ditinggalkan dan ia datang kembali". Puitis sangat, tapi itulah cinta hakiki. Cinta yang kita jarang rasakan dan tanpa kita sedar Dia curahkan segala kasih sayangNya pada kita. Apa pula cinta pada manusia? Cinta yang kita inginkan sehingga akhir hayat? Cinta tak seharusnya memiliki. Itu saya percaya kerana sayang dan cinta itu perasaan yang indah lebih lagi apabila pasangan kita bahagia.

Ada orang cinta tetapi tidak dibalas. Itu juga cinta. Beruntunglah pada mereka yang dibalas cintanya. Seorang kawan saya beritahu "Love will comes by itself, don't have to find it. Your knight will be right in front of you one fine day". Tidak mudah untuk menunggu cinta. Saya pernah cuba, tapi bila saya mula mencari, saya kecewa setiap kali.

Hari ni tanda sudah 2 kali saya menghancurkan hati saya kerana kenaifan saya dalam hubungan. 2 lelaki yang saya pernah sayang telah saya perlekehkan sehingga saya sendiri menitis air mata kerana kejahilan saya. Kadang kala sewaktu bersendirian saya terasa saya paranoid pada diri saya sendiri kerana saya tahu setiap kali ada peluang, saya la punca kemusnahan dah kehancuran peluang itu.

Saya tidak sebertuah seperti kalian diluar sana. Setapak anda, mungkin 3 tapak saya. Apa pon yang saya lakukan saya menjadi terlebih berwaspada sehinggakan saya sedar ini bukanlah diri saya. Saya risau jika saya menjadi diri saya sendiri, dia tidak akan suka dah pergi. Ya, saya tau saya paranoid.

Saya mengaku saya takut untuk bercinta kerana saya tidak mahu kalau hubungan terhenti di tengah jalan, saya masih mahu mengenali dan berhubung dengannya. Tapi tidak mungkin perkara itu mudah untuk dilakukan. Saya seorang yang typical tapi masih inginkan keajaiban dunia berlaku. Benarkah kita mampu belajar dari kesilapan kita sendiri? Saya keliru sehingga saya tidak tahu dimana salahnya saya sehingga saya melakukan kesalahan.

Akhirnya diri merana dan paranoid saya bertambah. Saya minta maaf yang teramat sangat kepada 2 lelaki istimewa yang pernah saya hancurkan hati mereka. Tidak langsung terlintas dihati nak melukai sesiapa tapi mungkin inilah takdirnya. Maafkan aku wahai hati