Ok, lama giler dah ni tak menaip. Rindu sangat nak dengar bunyi tekan2 keyboard ni. Ahhh korang jangan tipu korang pon ada yang suka dengar bunyi taip ni kan walaupon kadang2 annoying tahap dewa. Kehidupan aku sekarang agak messy. Yes, too messy.
Dalam seminggu 2 kali je tidur kat rumah and atas katil sendiri, malam2 yang lain either tidur atas rig floor atau pon dalam my baby truck. Hehehe. Of course penat especially bila sekarang aku masih lagi macam tercari2 diri sendiri. Al-maklum la kan masih tengah belajar macam mana nak meng'adapt'kan diri dengan negara orang.
After all it's not a bad life pon that I'm having now cuma I feel the lonely, tu je, yang lain so far Alhamdulillah aku masih ok. Being a Muslim in a non-muslim country is not as easy as people thought. Hari-hari aku hanya mampu tadah tangan pada Allah minta Dia permudahkan hari aku and elakkan aku dari perkara-perkara yang tak diingini. You never know, hari ni you jumpa orang yang baik, tomorrow you jumpa orang yang the other way round kan.
Setiap kali aku pergi field, memang aku jadi attraction. Oh, aku tak suka sangat bila orang mula pandang and perhati aku. I don't feel comfortable sangat but at the same time, aku bersyukur yang aku ada tudung yang boleh buat aku rasa selamat. Ye, betul memang ada yang tanya kenapa Muslim paksa perempuan to wear hijabs. Jawapan aku standard pada semua orang 'it's to protect the dignity of a female from adultery or being raped'. Ada yang terima and tak judge but ada juga yang persoalkan balik and paling aku tak boleh terima ada yang suruh buka just nak tengok rambut aku. Astagfirullahalazim, tolong lindungi aku Ya Allah.
Bukan setakat tudung je yang jadi issue, ada juga yang pertikaikan kenapa aku tak makan daging. hohohoho susahkan hidup kat negara yang tak biasa dengan orang Muslims. Tapi aku boleh terima sebab yang penting aku jaga diri aku sepertimana yang ibubapa aku harapkan and berpegang teguh dengan Islam. Aku takla kuat agama tapi yang pasti ilmu yang cetek ni la yang harus aku pegang. Lailahaillah Muhammadurrasulallah.
Jadi bila aku berhadapan dengan kerenah diorang ni, aku terfikir, kenapa diorang benci Islam sedangkan diorang tak tahu kebenarannya? Contoh, aku tak tau pasal Christianity, jadi I don't comment or judge them for what they believe. I don't even force them to believe in what they don't. I'm not pointing my fingers to the western sebab they don't know the truth. This is a learning process for me.
Since that, I cuba untuk tidak judge sesiapa for whom they are. I'm still trying to though. Jadi friends, kita ni manusia biasa yang tiada kuasa apa pon, oleh kerana itu, kita kena pegang 1 perkara which is stop judging anything yang kita nampak depan mata kita. Tak semua Islam itu baik dan tak semua Western itu jahat pada Islam. Tak semua Islam itu jahat dan tak semua Western itu baik. Most important thing is ikut style Nabi Muhammad yang humble regardless dengan orang Islam ke kafir ke. Dia tak judge manusia pada zahir dan dia tak benci sesiapa. Itulah kunci kebahagian hidup in diverse.
Go go iffah! ;-)
ReplyDeleteKite hantar smile for u. Special. Dari malaysia with lots of ♥♥♥