Thursday, April 18, 2013

Ape kes??

Ni dah kenapa ni? tiba-tiba jadi emotional tak menentu lepas baca berita pasal seorang lelaki yang didakwa merosakkan bendara parti politik. Oh Malaysia, perlukah aku berbangga menjadi warganegara mu sedangkan aku tahu yang sistem perundangan mu itu sangat la tidak rational dan betul? Ini bukan pasal pilihan raya ke parti ini ke parti itu ke. Ini pasal sistem keadilan dalam perudangan yang kita ada di negara kita yang kita cintai ini.

Lepas baca pasal berita ni, saya jadi panas sikit sebabkan kesalahan yang hanya dianggar sebanyak RM25 sahaja, tertuduh mungkin dikenakan hukuman penjara 2 tahun? Apa hal??? Tak pelik ke dengan negara kita ni? Lagi banyak kerosakkan yang kita buat lagi ringan hukuman yang dikenakan. Kalau kita nak cakap negara islam contoh, takde makna contohnya.

Dalam hukum Islam pon, mencuri RM 25 pon tak layak lagi untuk dibicarakan. Hukuman gugur sebab value yang dicuri itu tidak melebihi 1/4 harga dinar (bacaan hudud). Ya Allah, baru setakat RM 25, apa la sangat value yang ada kalau nak dibandingkan dengan pencuri harta rakyat. Ooopsss, sorry takde niat nak berpolitik di sini cuma tidak pasti mana keadillan yang dicanang-canangkan di Malaysia tu ye?

Dulu cakap pelajar/siswazah tidak boleh berpolitik tapi waktu saya kat sekolah dulu, ingat lagi kawan-kawan saya bagitau diorg dapat RM 50 sebab tolong pasang bendara parti politik di area Kampung Pandan. Ingat lagi masa tu. Dah kenapa? Tonggang terbalik dah saya tengok negara saya ni.

Memang la lelaki ni dah melakukan kerosakkan dan hanya didakwa belum dihukum tapi macam dia ni tak layak pon untuk dibicarakan. Langsung tak payah dibicarakan. Mungkin Malaysia dah patut perkuatkan sistem 'voluntary works'. Bukan nak memihak pada negara barat. Itulah kita orang Malaysia ni, mendabik dada kata kita orang Islam padahal solat pon kita tak sempurna lagi, puasa, sedekah, hormat ibu bapa apatah lagi kan (ingatan untuk saya juga). Tak semua yang orang Barat buat tak betul. kenapa kita pandai cakap 'oh, ambil yang jernih, buang yang keruh'. waaah kalau berpuitis kita la yang nombor 1, tapi when it comes to actions, hampeh langsung tak boleh pakai.

Tapi setahu saya la, ini bukan sistem barat, dalam sejarah Islam dulu pon pernah juga, tentera-tentera kafir yang ditanggap, Nabi Muhammad jadikan mereka sebagai pendidik untuk kanak-kanak Arab zaman itu. Sorry kalau saya ni buta sejarah Islam. tapi seingat-ingat saya la kan.

Saya rasa lelaki ni tak perlulah sampai nak di bicara (bakal dipenjara/didenda), apa la kalau kita hantar dia buat kerja-kerja amal secara percuma selama sebulan. Hantar dia pergi rumah anak-anak yatim or masjid-masjid or rumah orang-orang tua buat kebajikan. Lagi bagus. Dalam masa sama dapat la dia beramal walaupon secara terpaksa, mudahan dia dapat keberkatan dari Allah kan.

Saya tak pernah bangga menjadi orang Melayu, betul ni saya cakap. Tapi saya bangga menjadi orang Islam sebab saya tahu dan lihat dengan mata saya sendiri yang Islam adalah ajaran yang sempurna dan lengkap. Ajaran yang mampu mengelaknya berlaku perkara-perkara yang negatif pada diri individu mahupon the society.


No comments:

Post a Comment

feel free to drop few words! Thank you