Tuesday, April 30, 2013

Weird Coinicidence

Niii, kak Kiah nak cerita noo sikit! *style mak cik- mak cik kat kampung bila nak start bergossip*

Bergossip tu tak baik tapi kalau cerita pasal diri sendiri tak salahkan? Pengalaman yang I nak tell you orang ni agak jadi macam satu benda yang I akan regret for the rest of my life. Tapi whatever it is, it's a good and leisure sharing. For F.U.N. je ni.

You all pernah tak in a situation yang you all tak nak something to happen just because of your egoism but it's not that bad pon just you people tak suka. Ala, susah la tulis pusing2 ni. Like this, I'm a type of person yang kalau I pakai baju oh laaaaa sisih jangan ada yang pakai sepecen (bahasa orang Johor ni) macam boria la orang kata. For me, kalau 3 or more orang pakai sama, it's OK takde masalah but kalau 2 orang je yang pakai baju sama, oh please sooooo now me ok.

So nak dijadikan cerita, last week I was in Houston for a class and I remeber I went to JCPenny to get some formal shirts for the class. So, I brought 2 shirts solid hard pink and dark turquoise. Alahai, warna yang cantik but all can wear those color kan. So never in my dream that I would see a guy wearing the same EXACT color with me FOR 2 DAYS! kalau dah 1 hari pon I dah tak suka, inikan 2 hari berturut pulak tu. Make sense ke? What a coincidence in a bad way for me. Hahah bukan annoying but I just can't like it.

It's very weird and I just can't take it at all. Sampai 1 level I feel like giving up those shirts to others plak. Teruk tahap kronik dah perangai I ni. The best part was, I wear my sweater all the time in the class eventhough it was not cold, sampai berpeluh-peluh I dont care I still put the sweater on so that takde la orang perasan. hahaha

Ok, tu je nak tulis hari ni. Teringat plak masa kecik2 dulu, my parents selalu belikan baju sama for me and my twins. tapi dah besar ni I tak suka kalau my twins pakai baju sama walaupon when you think back, it's nothing pon. kekeke

Bye :)


Thursday, April 18, 2013

Ape kes??

Ni dah kenapa ni? tiba-tiba jadi emotional tak menentu lepas baca berita pasal seorang lelaki yang didakwa merosakkan bendara parti politik. Oh Malaysia, perlukah aku berbangga menjadi warganegara mu sedangkan aku tahu yang sistem perundangan mu itu sangat la tidak rational dan betul? Ini bukan pasal pilihan raya ke parti ini ke parti itu ke. Ini pasal sistem keadilan dalam perudangan yang kita ada di negara kita yang kita cintai ini.

Lepas baca pasal berita ni, saya jadi panas sikit sebabkan kesalahan yang hanya dianggar sebanyak RM25 sahaja, tertuduh mungkin dikenakan hukuman penjara 2 tahun? Apa hal??? Tak pelik ke dengan negara kita ni? Lagi banyak kerosakkan yang kita buat lagi ringan hukuman yang dikenakan. Kalau kita nak cakap negara islam contoh, takde makna contohnya.

Dalam hukum Islam pon, mencuri RM 25 pon tak layak lagi untuk dibicarakan. Hukuman gugur sebab value yang dicuri itu tidak melebihi 1/4 harga dinar (bacaan hudud). Ya Allah, baru setakat RM 25, apa la sangat value yang ada kalau nak dibandingkan dengan pencuri harta rakyat. Ooopsss, sorry takde niat nak berpolitik di sini cuma tidak pasti mana keadillan yang dicanang-canangkan di Malaysia tu ye?

Dulu cakap pelajar/siswazah tidak boleh berpolitik tapi waktu saya kat sekolah dulu, ingat lagi kawan-kawan saya bagitau diorg dapat RM 50 sebab tolong pasang bendara parti politik di area Kampung Pandan. Ingat lagi masa tu. Dah kenapa? Tonggang terbalik dah saya tengok negara saya ni.

Memang la lelaki ni dah melakukan kerosakkan dan hanya didakwa belum dihukum tapi macam dia ni tak layak pon untuk dibicarakan. Langsung tak payah dibicarakan. Mungkin Malaysia dah patut perkuatkan sistem 'voluntary works'. Bukan nak memihak pada negara barat. Itulah kita orang Malaysia ni, mendabik dada kata kita orang Islam padahal solat pon kita tak sempurna lagi, puasa, sedekah, hormat ibu bapa apatah lagi kan (ingatan untuk saya juga). Tak semua yang orang Barat buat tak betul. kenapa kita pandai cakap 'oh, ambil yang jernih, buang yang keruh'. waaah kalau berpuitis kita la yang nombor 1, tapi when it comes to actions, hampeh langsung tak boleh pakai.

Tapi setahu saya la, ini bukan sistem barat, dalam sejarah Islam dulu pon pernah juga, tentera-tentera kafir yang ditanggap, Nabi Muhammad jadikan mereka sebagai pendidik untuk kanak-kanak Arab zaman itu. Sorry kalau saya ni buta sejarah Islam. tapi seingat-ingat saya la kan.

Saya rasa lelaki ni tak perlulah sampai nak di bicara (bakal dipenjara/didenda), apa la kalau kita hantar dia buat kerja-kerja amal secara percuma selama sebulan. Hantar dia pergi rumah anak-anak yatim or masjid-masjid or rumah orang-orang tua buat kebajikan. Lagi bagus. Dalam masa sama dapat la dia beramal walaupon secara terpaksa, mudahan dia dapat keberkatan dari Allah kan.

Saya tak pernah bangga menjadi orang Melayu, betul ni saya cakap. Tapi saya bangga menjadi orang Islam sebab saya tahu dan lihat dengan mata saya sendiri yang Islam adalah ajaran yang sempurna dan lengkap. Ajaran yang mampu mengelaknya berlaku perkara-perkara yang negatif pada diri individu mahupon the society.


Sunday, April 14, 2013

Stop Judging

Ok, lama giler dah ni tak menaip. Rindu sangat nak dengar bunyi tekan2 keyboard ni. Ahhh korang jangan tipu korang pon ada yang suka dengar bunyi taip ni kan walaupon kadang2 annoying tahap dewa. Kehidupan aku sekarang agak messy. Yes, too messy.

Dalam seminggu 2 kali je tidur kat rumah and atas katil sendiri, malam2 yang lain either tidur atas rig floor atau pon dalam my baby truck. Hehehe. Of course penat especially bila sekarang aku masih lagi macam tercari2 diri sendiri. Al-maklum la kan masih tengah belajar macam mana nak meng'adapt'kan diri dengan negara orang.

After all it's not a bad life pon that I'm having now cuma I feel the lonely, tu je, yang lain so far Alhamdulillah aku masih ok. Being a Muslim in a non-muslim country is not as easy as people thought. Hari-hari aku hanya mampu tadah tangan pada Allah minta Dia permudahkan hari aku and elakkan aku dari perkara-perkara yang tak diingini. You never know, hari ni you jumpa orang yang baik, tomorrow you jumpa orang yang the other way round kan.

Setiap kali aku pergi field, memang aku jadi attraction. Oh, aku tak suka sangat bila orang mula pandang and perhati aku. I don't feel comfortable sangat but at the same time, aku bersyukur yang aku ada tudung yang boleh buat aku rasa selamat. Ye, betul memang ada yang tanya kenapa Muslim paksa perempuan to wear hijabs. Jawapan aku standard pada semua orang 'it's to protect the dignity of a female from adultery or being raped'. Ada yang terima and tak judge but ada juga yang persoalkan balik and paling aku tak boleh terima ada yang suruh buka just nak tengok rambut aku. Astagfirullahalazim, tolong lindungi aku Ya Allah.

Bukan setakat tudung je yang jadi issue, ada juga yang pertikaikan kenapa aku tak makan daging. hohohoho susahkan hidup kat negara yang tak biasa dengan orang Muslims. Tapi aku boleh terima sebab yang penting aku jaga diri aku sepertimana yang ibubapa aku harapkan and berpegang teguh dengan Islam. Aku takla kuat agama tapi yang pasti ilmu yang cetek ni la yang harus aku pegang. Lailahaillah Muhammadurrasulallah.

Jadi bila aku berhadapan dengan kerenah diorang ni, aku terfikir, kenapa diorang benci Islam sedangkan diorang tak tahu kebenarannya? Contoh, aku tak tau pasal Christianity, jadi I don't comment or judge them for what they believe. I don't even force them to believe in what they don't. I'm not pointing my fingers to the western sebab they don't know the truth. This is a learning process for me.

Since that, I cuba untuk tidak judge sesiapa for whom they are. I'm still trying to though. Jadi friends, kita ni manusia biasa yang tiada kuasa apa pon, oleh kerana itu, kita kena pegang 1 perkara which is stop judging anything yang kita nampak depan mata kita. Tak semua Islam itu baik dan tak semua Western itu jahat pada Islam. Tak semua Islam itu jahat dan tak semua Western itu baik. Most important thing is ikut style Nabi Muhammad yang humble regardless dengan orang Islam ke kafir ke. Dia tak judge manusia pada zahir dan dia tak benci sesiapa. Itulah kunci kebahagian hidup in diverse.