Tuesday, July 16, 2013

Ya Roh, Ya Jiwa, Ya Batin, Ya Zahir

Lama dah tak menaip dalam Bahasa kan. Ok jom kali ni kita cakap Melayu pulak. Baru-baru ni saya ada terbaca pasal Roh dan Jasad. Haaaaaa dah kenapa pulak Iffah nak tulis pasal benda ni kan? Ok, ni kan bulan puasa. Syaitan takde so kalau kita masih buat kesalahan maknanya kita tak blh nak salahkan syaitan di Akhirat nanti sebabnya waktu syaitan takde pon kita masih buat dosa kan. Tu kita la tu yg lebih jahat dari syaitan. Nauzubillah (Ya Allah, tolong jauhkan kami dari seksa azab kubur dan nerakaMu)

Ok so berbaling tentang nasihat roh kepada jasad ni tadi. This is for sharing and reminder for us, sesungguhnya kita manusia biasa yang takkan pernah lari dari melakukan kesilapan tetapi kita jangan lupa bahawasanya kerana itulah Allah Maha Pengampun. Dia sukakan pengampunan dan kerana itu kita berampunlah kepada Allah senantiasa. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang-orang yang angkuh kepada Allah dan dimasukkan kedalam golongan firaun, qarun dan sebagainya.

Manusia ni dijadikan dengan roh (zahir) dan jasad (batin), pernah tak dengar 'Jangan menipu diri sendiri, jangan menganiaya diri sendiri'. My dad pernah cakap dulu 'Kalau kita tak solat, Allah tak rugi apa-apa, tapi kita yang rugi'. Waktu muda bukan faham sangat pon kan tapi after dah tua kebangka ni baru nak mula faham. Kita ni bukti kehadiran Allah dan bukti QudratNya, kalau kita tak solat, Allah tak rugi sebab kita Hak Dia. Kita la yang rugi, hilang cinta Allah maka hilang segalanya.

My dad pon pernah cakap, zahir kita tak tido dan dia hanya menyembah Allah setiap waktu setiap masa. Maknanya kalau kita tak solat dan kita buat kejahatan, kita sebenarnya dah berhutang dengan diri kita sendiri yakni batin/roh kita. Logic kan kalau difikirkan. Kehidupan ini adalah kuasa Allah, maknanya ada perkara yang boleh menjadi logik dan ada juga yang boleh menjadi luar biasa. Kita sebagai yang percaya kepada Allah ni, paling baik bersyukur dan berharap pada Allah SWT sahaja.

Kematian adalah saat bila roh akan keluar dari jasad dan meninggalkan jasad tak bernyawa. Allah jadikan kita dari tanah (zahir) kemudian Dia tiup kuasanya kedalam jasad - roh (Batin). Jadi janganlah kita lupa dan lalai akan kehidupan kita kerana Roh pasti akan tinggalkan jasad dan itu Janji ALLAH! Waktu sakaratulmaut datang menghadap kita kelak, bila Allah mengarahkan malaikat maut untuk datang memisahkan roh kita, dia datang dalam 2 keadaan, jika kita orang yang beriman, maka dia datang dari hadapan dan dalam keadaan yang lemah lembut menarik keluar roh dari jasad.

Dan ketika itu setiap anggota badan kita tidak mahu melepaskan roh keluar kerana setiap anggota badan lahirkan rasa bersyukur atas apa yang telah kita lakukan - mulut (berzikir dan mengucap syukur kepada Allah), tangan (beramal jariah), kaki (berjalan ke kebaikan), mata (melihat kekuasaan Allah), telinga (mendengar ucapan-ucapan Allah). Namun arahan Allah adalah Haq, jadi keluarlah roh dengan sendiri dalam keadaan yang paling lembut
 
NAMUN! jika kita sebaliknya, maka dicabut roh dalam keadaan yang dasyat dan saya tak sanggup nak imagine dan Nauzubilllah minzali'. Kematian dalam drama semua tu bohong. Sedangkan Nabi Muhammad yang telah Allah janjikan Syurga dan manusia ciptaan yang paling sempurna itu pon menitis peluh di dahi, inikan kita yang berdosa setiap saat setiap detik masa berlalu. Astaghfirullahhalazim.
 
Jadi, sempena bulan Ramadhan yang Mulia ini, jom pals kita muhasabah diri sama-sama ke arah kebaikan dan ingat bahawa dunia ini sementara tempat mencari bekalan untuk kehidupan hakiki yang selama-lamanya
 
Waalahualam :)


 

No comments:

Post a Comment

feel free to drop few words! Thank you