Ini adalah perkara yang paling merisaukan kita semua especially mereka yang bergelar ibubapa. Kenapa tidak kan, kehidupan zaman sekarang teramat moden tahap tinggi langit ke tujuh la macam lagu Sharifah Zarina tu. Ibu bapa pon dah takde power nak control anak-anak. Anak-anak dah macam boss kat rumah kan. Nak itu dapat, nak ini dapat, yang penat lelah sakit pening mak ayah yang nak berkerja cari duit.
Kesian ibu bapa kita kan. Walaupon mungkin salah didikan ibu bapa pada kita, takkan dah tua boleh jadi mak ayah orang pon masih nak salahkan parents for whatever we're doing. Ok, hilang logiknya kat sana kan. Ok, tau kan sekarang musim cerita-cerita Zombie. Name it (Walking Dead, Dead Body, Zombi kampung pisang -pon boleh masuk gak) tapi sebenarnya kita semua ni pon dah jadi Zombi gakkan.
cuba cari bakat terpendam. ingat nak lukis Zombie yang keluar rock berjanggut kekeke |
Mana tidaknya, dalaman kita dah mati, yang bergerak cuma badan je. Dunia sekarang takut kita tengokkan. Manusia dah tak kenal dah erti keluarga (anak kawin mak, abang kawin adik, mak kawin ayah - ehhhhh?? hahaha ni takpe), kalau kita cerita pasal keseronokkan, kita bazir masa kat pub/club. Tidaklah Allah itu paksa kita sujud rukuk 24 jam sampai benda apa pon tak boleh buatkan. Tapi berpada-pada.
Clue dia senang 'besederhana' maksudnya, jangan terlampau dan jangan terkurang. Oops, bunyi macam ustazah dah sejak kebelakangan ni kan. Takde la ni mood tengah nak share pasal pengalaman sendiri dan juga benda-benda yang baru baca.
Kepada yang bekerja, pernah tak kita terfikir, halal ke pekerjaan kita ni? boleh ke aku kerja cam ni? Allah redha tak aku buat macam ni?. Ada orang kerja nak kejar duit dan harta benda. Tak salah tetapi besederhana. Jangan terlampau ikut hati nak kejar duit sampai kita hilang kawalan dan hilang pedoman. - ni kata-kata dari pengalaman diri sendiri tiada kaitan antara yang masih hidup ataupon mati. Kalau terkena batang hidung itu secara kebetulan je hehehe
Ok2, berjela-jela ayat, tampar pipi kiri kanan laju-laju. Retis sangat nok!
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata : "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu."
Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi Muhammad SAW menjawab : "Penyakit itu adalah (1) terlalu banyak berseronok (berhibur/ketawa), (2) terlalu bermewah, mengumpul harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, (3) saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain". (Hadith riwayat al-Hakim)
Selalu kan kita denagr orang cakap "Life is Unfair and it will never be". Sedar tak kita sebenarnya kita yang melakukan kerosakkan pada muka Bumi ini. Astaghfirullah, semoga Allah melindungi kita dari tergolong dalam golongan-golongan di atas. Jom istighfar sama-sama and muhasabah diri kita.
Semoga kita semua dapat apa yang dikatakan kenikmatan hidup dan set mission kita bukan nak jadi manager in 5 years on the road tapi berazam la untuk menjadi manager yang diberkati Allah dan Rasulnya in 5 years time. Barulah orang kata afdal kan. Ye ye terima kasih anak-anak murid semua kerana rajin and sudi dengar leteran ustazah ni.
Moga kita jumpa lagi di hari dah waktu yang sama. InsyaAllah zaaaassssss (macam Melodi pulok kekeke)
BERHIBURLAH SECARA SEDERHANA, BERBELANJALAH SECARA SEDERHANA, MAKANLAH SECARA SEDERHANA, BERMEWAHLAH SECARA SEDERHANA, HIDUPLAH SECARA SEDERHANA :]