Sunday, January 19, 2014

Hijrah itu Sunnah

Memang la betul menteri kat malaysia cakap 'kalau suka cari pentadbiran negara, pergi cari tempat lain'. Kalau di ikutkan hati ni, kak ton tak payah bgtau, saya sendiri nak melangkah keluar berhijrah seperti Nabi Muhammad berhijrah dari madinah ke yathrib (sekarang madinah) tetapi cinta Nabi pada Mekah masih segar walaupon baginda tahu kehidupan di Mekah menyeksakan.

Cuba kita kaji, kenapa ye Nabi muhammad berpindah/berhijrah? Nabi muhammad ni tak patriotik ke? Mungkin ada anda yg kat luar sana dah rasa meluat nak dgr pasal benda2 yg 'tak berfaedah' ni kan. Ini takde kena mengena dengan hak politik ataupon hak individu sebagai rakyat Malaysia. Tapi dunia ini milik Allah, mana pon kita pergi China, India, Arab, Rusia, eropah, amerika semua ini Allah yang punya.

Ditakdirkan hari ni tinggal sebulan sahaja lagi akan ku akhiri perjalanan di Oklahoma. Sayu hati bila fikirkan pasal benda ni. Bukan tak patriotik tapi bersediakah aku untuk kembali kepada hidup yang menyeksakan? Tangan ni asyik berkerja mencari lubang-lubang di tempat lain. Tapi salah kah keinginan ini untuk tidak kembali ke tanah air? Bukan nak jadi seperti kacang yang lupakan kulit tapi perlukan kita paksa diri untuk tinggal di tempat yang kita tahu kita ditindas dan yang lebih perit adalah apabila ditindas oleh mereka yang sama agama dengan kita,

Banyak yang aku belajar sepanjang aku di sini. Perkara yang paling ingin aku ulangi adalah perasaan menghadap Allah bersama mereka yang sangat cintakan agama dah sanggup berkorban demi untuk mencari masa bertemu Allah. Kesusahan mencari kesenangan hidup sebagai muslim ini yang membuatkan aku lebih kuat dan lebih menghargai apa itu Nikmat.

Allahu Rabbi, di sini tak cukup pon 40 jemaah untuk bersolat Jumaat. Lillahi ini fakta bukan auta. Perasaan bersama dengan mereka yang bukan lahir sebagai muslim tetapi mereka yang mencari Ilahi. Beza perasaan itu kerana keikhlasan lebih terserlah diwajah mereka dari kita yang lahir sebangai Muslim. Mereka pilih untuk menjadi muslim, bagaimana kita? pernah kita tanya kenapa Islam ini jalan yang benar? Pernahkan kita berusaha mencari kebenaran dan bukan mengambil kesenangan dilahirkan dari umbi 2 orang muslim? kalau pernah Alhamdulillah :)


Solat jumaat di salah sebuah masjid kecil di oklahoma city


Bukan aku ingin berpolitik tapi kalau betul cara politik yang ada di negara Islam yang kita dilahirkan, kenapa tidak aku rasa bahagia di sana? kenapa aku rasa lebih seronok hidup di sini, mungkin kerana aku tahu aku golongan minority maka aku jadi lebih kuat? betul lah orang kata kita tidak akan pernah nampak kebenran sehingga kita hilang kebenaran itu.

Pasal hijrah ni, kepada yang pernah terpikir untuk berhijrah, jangan takut kerana hijrah itu juga Sunnah dan jika penghijrahan itu untuk kebaikan kenapa perlu takut. Di mana pon kita berada, tetap milik Allah dan kepada yang memang sayangkan negara dah rasa penghijrahan itu hanya untuk mereka yang lemah, Alhamdulillah kalian orang yang tabah dan kuat. Maka aku berharap kalian mengerti kenapa Nabi Muhammad juga berhijrah dah jangan dipandang rendah kepada mereka yang tidak mahu pulang ke tanah air kerana mereka inginkan kemajuaan dan pembaharuan. Nabi Muhammad juga wafat di Madinah bukan di Mekah.

Jom la kita sama2 fikirkan tentang apa itu penghijrahan, kenapa perlu ada penghijrahan dan bagaimana untuk menikmati kehidupan sementara ini yang Allah sediakan. Wallahu~




1 comment:

feel free to drop few words! Thank you