Ni macam mana ni? Bila orang kat workshop dah sibuk tanya bila nak masak Malaysian food bagi diorg rasa. Aduh! Tangan orang ni bukan la pandai nak masak pon tapi takkan nak kata tak nak masakkan diorg kot sebab pikir2 betul jugak at least dapat la diorg merasa masakan Malaysia kan.
Makanan orang Malaysia memang la sedap tapi masalahnya orang tak pandai nak masak. kalau takat nasi goreng tu boleh la tapi kalau nak buat nasi goreng kampong, mat salleh-mat salleh ni bukan pandai makan ikan bilis. Agaknya ikan bilis pon tak pernah nampak kan. Hahaha
Tak kisah la, so dalam kepala ni ada few list ingat terpaksa belajar masak semata nak bagi diorg ni merasa jugak sedapnya makanan orang Malaysia kan. So list mintak maaf sgt, masakan dalam list ni hebak2, tapi jangan last2 bagi diorg makan roti telur sudah hahaha.
Ok list dalam kepala (al-maklum la bila orang puasa di perantauan haruslah list makanan yang kat kepala ni orang mengidamkan kekeke):
1. Ketam masak Cili
2. Satay Ayam
3. Ayam masak Merah
4. Nasi Ayam
5. Nasi Tomato
6. Nasi Goreng belacan (nasib tahu belacan = shrimp paste)
7. Mee Goreng mamak
8. Telur Bistik
9. Ayam masak lemak cilipadi
10. Rendang Ayam/Daging
11. Roti Canai
|
roti canai with curry |
12. Mee Kari
13. Nasi lemak
|
nasi lemak with chicken rendang |
14. Murtabak
Makanya semalam after work pergi la menyinggah kat Walmart and Aldi nak mencari bahan nak masak. Allahuakbar, last-last end up beli barang untuk bathroom and hanger untuk tudung and selendang.
Actually risau jugakkan, sebab bila kena masak masakan negara sendiri nak bagi rasa pada orang yang tak pernah rasa langsung masakan Malaysia. It could be they dont like it at all kan. So sekarang terasa macam ambassador malaysia pulak nak kena represent my country. Cewaaah! Rasa-rasanya, chili crab ngan satay mungkin the best choice kot kan :)
Note: To those yang berpuasa, sila-silalah jangan terliur ye. Tahan dagu jangan sampai ternganga. hehe
Note 2: Pictures are personally owned by a friend of mine, Whitney when she was having her lunch with her Grandma at Sambal Restaurant in Houston, TX. Thank you Whitney :)